NAMA:
NO.MATRIKS:

2:ATIYYAH
ANNUR BINTI HASNUL HADI 02DTM14F1147
3:NORISMALAILA BINTI
JAMAL 02DTM14F1126
4:NOR FATIN AISYAH
BINTI MUHAMMAD 02DTM14F1102
5:NUR SYAFIQAH AMANI
BINTI ANUAR 02DTM14F1094
6:ASMAA’AISAR BINTI
RAHIM
02DTM14F1131
TAJUK:PERSAMAAN
DAN PERBEZAAN AGAMA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
SESI
: JUN
2014
NAMA
PENSYARAH : CIK
RAZANA BT MOHD KASIM
JABATAN
: JABATAN
TEKNOLOGI MAKANAN
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Cik Puan Razana Mohd Kassim yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal sejak tugasan
ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu
juga,kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan
kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang
banyak memberi sokongan dan dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain.
Malah,jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tikar idea dalam
membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali,harapan kami agar segala
tugasan yang kami hasilkan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami.
Selain itu juga,harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami
terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan saja dalam proses
pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.
2.JELASKAN TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA AGAMA DI MALAYSIA
PENGENALAN
Di dalam Perlembagaan Malaysia,Perkara 3
menyatakan bahawa meskipun agama rasmi negara Malaysia adalah Islam,penganut
agama lain adalah dibenarkan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam
kesejahteraan dan keharmonian. Hal ini turut dinyatakan dalam Perkara 11 bahawa
setiap warganegara adalah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing .
Walaubagaimanapun, adalah naif untuk berpendapat bahawa melalui perlembagaan
ini, konflik antara penganut berlainan agama tidak akan berlaku.
Konflik antara agama sentiasa berlaku, dan
hal ini terbukti melalui sejarah. Sebagai contoh, pada tahun 1095, Perang Salib
yang pertama telah dimulakan oleh Gereja Roman Katolik untuk menawan semula di
sekitar Baitulmaqdis (Jerusalem) daripada tawanan Islam. Di Malaysia sendiri
terdapat beberapa kes yang mencabar perpaduan masyarakat berbilang agama di
Malaysia. Antaranya adalah serangan ke atas gereja Katolik di Lembah Klang,
Taiping dan Serembang serta gurdwara Sikh di Sentul pada awal 2010 kerana isi
kalimah Allah yang sehingga kini diperdebatkan. Terharu, kemusnahan candi purba
di Lembah Bujang oleh syarikat pemaju
tempatan telah mencetus sentimen Hindu dalam keharmonian yang disaluti
hipokrasi dengan prasangka dan stereotaip tertentu terhadap penganut agama yang
lain. Dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia
,bagaimanakah perpaduan sebenar mampu dicapai?
Berdasarkan perspektif teori
struktur-Fungsinasionalisme, agama berfungsi sebagai Institusi sosial yang
menyumbang kepada pembentukan struktur
masyaraka. Manakala, berdasarkan asas kemunculan agama, perasaan untuk mencari
satu kuasa tertinggi /perasaan ingin beragama (worshipping instinct). Akhir
sekali, pada titik fokus Institusi agama fenomena di sebalik (beyond), hubungan
manusia dan pegangan mereaka terhadap fenomenabeyond dan implikasi yang boleh
diperolehi.
AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
1. AGAMA ISLAM
·
Seseorang yang beragama
Islam beerti berserah diri dan mengikuti perintah Allah s.w.t serta mencontohi
Nabi Muhammad s.a.w. Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan-Nya.Ketundukan ini perlu
dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab sepeti diperintah oleh Allah.Agama
Islam Agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus pendudukan Malaysia.
·
AJARAN ISLAM Sumber ajaran Islam
ialah al-Quran.v Sumber
kedua ialah al-Sunnah yangv
merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk
ajaran Islam yang dikenali sebagi hadis.
Dalam hadis juga terkandung Sirah yangv
mengandungi sejarah hidup Baginda.
·
Sumber ketiga ialah ijtihad,
ijmak, qiyas, syura.v Syariah
ialah prinsip Islam tertinggi, mengaturv
kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia
(merangkumi ibadat, ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan).
·
ISLAM AGAMA SEJAGAT Berada dalam
kelasnya yang tersendiri dari segi kosmologi, epistemologi, metafizi k dan
weltanshauung. Setiap manusia tanpa mengira bangsa,keturunan adalah setaraf di
sisi Tuhan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup
yang berbeza-beza Islam membuka jalan kepada kesatuan seluruh bangsa.
·
CIRI-CIRI UTAMA ISLAM DARI SEGI
EKONOMI Islam memberi kebebasan kepada
umatnya untuk berusahaü mencari
kekayaan tetapi dengan cara yang mulia dan bersih. Meletakkan tangungjawab membasmikan
kemiskinan danü
penderitaan masyarakat di tangan orang yang berharta da berkuasa. Islam menentang sistem ekonomi yang mempunyai
unsurü eksploitasi, penindasan,
pemerasan, monopoli dan penipuan.
·
Mewajibkan zakat pada golangan
yang berada danü galakkan
umatnya menderma dan berkorban untuk kebajikan orang lain (cara pembersihan
hati) Mementingkan hasil kerja dan
pendapatan suci danü
halal. Mengajar majikan berlaku adil dan
mengelakkanü
melakukan pemerasan ke atas pekerjanya
Pekerja pula diajar agar berlaku amanah kepadaü
majikan.
·
DARI SEGI POLITIK Islam menekankan dasarv
musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan kelas,
keturunan, bangsa, agama, atau warna kulit.
Islam menghormati hakv asasi
setiap manusia. Menggalakkan rakyatnyav supaya
berani menegur pemerintah. DARI SEGI SOSIAL
Islam memperjuangkanv dasar
kehormatan diri manusia. Tidak ada
perhambaan danv pemujaan
melainkan perhambaan dan pemujaan pada Allah semata-mata. Islam menegakkan dasarv
kebersihan diri manusia.
·
PERAYAAN AGAMA ISLAM Hari Raya
Aidilfitri Hari Raya Aidiladha • 1 Syawal menurut kelandar Hijrah • Disambut
setelah orang islam berpuasa selama sebulan • Menunaikan Solat Raya Aidilfitri
• Perlu membayar zakat • 10 Zulhijah • Umat islam disunatkan berkorban ;
meyembelih unta,lembu,kambing dll. • Menunaikan Solat sunat Hari Raya Aidiladha
Perayaan lain • Maulidur Rasul • Asyura • Israk Mikraj •Maal Hijrah.
2.AGAMA BUDDHA
·
Agama Buddha Agama kedua terbesar
di Malaysia Majoriti terdiri daripada etnik cina ; Mazhab Buddha Mahayana
Komuniti Thai di Utara Semenanjung Malaysia mengamalkan Buddha Theravada.
·
Asal Usul Agama Buddha Muncul
akibat penindasan golongan Brahman. Diasaskan oleh Siddhartha Gautama. Mendapat
petunjuk dibawah sepohon pokok di Hutan Urvela. Antara ajaran moral Buddha : menghormati
kehidupan sama ada manusia, tumbuhan dan haiwan.
·
Upacara Keagamaan Buddha Objek
Utama ialah “ Tiga Permata atau Triple Gem” (Buddha), Dharma (ajaran Buddha)
dan Sangha (komuniti Buddha). Upacara penyembahan dilakukan di Tokong, Wat atau
dirumah. Untuk memohon perlindungan. Perayaan penting : Wasek
3. AGAMA HINDU
·
Agama Hindu Agama ialah
sekumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Wujud
sejak awal abad ke 8 S.M Juga dikenali dengan nama agama Brahma (daripada
gelaran pendeta). Kitab suci yang terbesar iaitu Veda, UndangUndang Manu,
Mahabharata,Gita, Vasishtha dan Ramayana.
·
Kitab Veda Mengandungi cerita
tentang kehidupan bangsa Arya di India pada masa dahulu. Terdiri daripada empat
jenis ; Rig Veda, Yajur Veda, Sans Veda dan Athar Veda. Setiap Veda ada empat
bahagian iaitu Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishads.
·
MEMERINTAH DAN DIPERINTAH DI
DALAM AGAMA HINDU Tuhan dinamakan sebagai Brahma, Vishnu dan Siva atau
dipanggil tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Terdapat sistem kasta. -
terbahagi kepada empat mengikut tugas seperti dalam Peraturan Manu iaitu
Brahman : ketua agama Kshatriya : perajurit Vaishya : bertani dan berniaga
Shudra : berkhidmat pada ketiga-tiga golongan yang dianggap mulia -golongan ini
memuja lembu
·
Seseorang Brahmin menerima
penghormatan daripada semua tuhan disebabkan keturunannya. Berhak memiliki
semua harta Shudra. Tidak berdosa walaupun membunuh. Raja daripada golongan
Kshatriya. Raja mesti dihormati walaupun masih kanakkanak. Shudra tidak boleh
mengumpulkan harta melebihi golongan Brahmin.
·
Pusat ibadat terkenal di
Malaysia: Kuil Murugan§ di Batu Caves. Terdapat patung Tuhan Murugan di hadapan§ pintu
masuk kuil tersebut. Sami merupakan
ketua agama.§ Tanda warna
pada dahi dikenali sebagai pottu§ dan terdapat pelbagai
warna. Dipakai secara berbeza antara
lelaki dan wanita§ yang telah berkahwin dan sudah berkahwin. Susu dan bunga juga merupakan simbol suci.§
·
PERAYAAN AGAMA HINDU Deepavali
Perayaan utama penganut Hindu di Malaysia. Disambut pada akhir Oktober atau
awal November. Bertemakan penghapusan kejahilan. Upacara Ganga Snanam (mandi
minyak) pada pagi raya -untuk hapuskan dosa. Thaipusam Penganutnya akan menunaikan pelbagai nazar
kepada Dewa§ Murugan
4.AGAMA KRISTIAN
·
Mazhab daripada kepercayaan
Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus. Jesus
sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian
Lama. Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama. Percaya selepas
berakhir kehidupan Jesus Christ didunia wujud tuhan kekal didunia dalam bentuk
Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri dari tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan Roh
Suci. Menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan.
·
Jesus
meninggal dunia untuk selamatkan manusia dari dosa. Agama ini mengajar bahawa
tuhan menurunkan anaknya, Jesus sebagai hamba pilihannya yang dinamakan
al-Masih. Bertujuan menolong manusia melakukan tugas keagamaan. Kitab suci
iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan perjanjian
Baru. Kitab tersebut menyatakan: - riwayat hidup dan ajaran Jesus -peringkat
awal perkembangan gereja - menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus
·
Amalan
penting yang berlaku di Gereja 1) pembaptisan -meraikan kemasukan seseorang
dalam Kristian 2) Eukaris -dikenali sebagai Perhimunan Suci atau Makan Malam
Terakhir - sebagai majlis makan roti dan wine sebagai tanda perpaduan antara
penganut Kristian dan Jesus. Pemimpin
gereja yang paling berkuasa ialah bishop Rom yangv dinamakan Paus di Barat dan Patriach di
Constantinople di timur
·
PERAYAAN
AGAMA KRISTIAN Krismas Easter Good Friday PADA HARI PERAYAAN: Penganut
berkumpul di gereja untuk beribadat.
MENCARI TITIK
PERTEMUNAN
- MENCARI TITIK PERTEMUAN Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama. Potensi harus digarap dengan hati-hati dan berhemah agar individu dan kelompok agama membolehkan hubungan mereka dijalin erat. Shamsul (1991) - adalah memisah dan mengasingkan penganut pelbagai agama terutama apabila agama diideologi dan dipolitikkan.
- Agama dijadikan contestation dijadikan dinding keagamaan yang dibina itu akan membawa ke arah ketegangan dan konflik berlaku apabila dua insan membina rumah tangga bahagia dengan salah seorang meninggalkan agama dan menganut agama pilihan atas dasar cinta. kesemua agama berpotensi untuk membina keharmonian hidup masyarakat, kestabilan dan kemajuan.
- Nilai kesejagatan rakyat Malaysia iaitu keharmonian, kedamaian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan. Malaysia mempunyai empat agama besar dunia iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu serta agama lain. Mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain.
RUMUSAN
Rumusan yang diperolehi daripada tugasan
ini adalah agama mengajar penganutnya erti kasih sayang, pengampunan dan
pendamaian. Seterusnya, agama menganjurkan kedamaian, namun konflik tetap
berlaku. Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisahkan atau membira
hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama. Potensi harus digarap dengan
hati-hati dan berhemah agar individu dan kelompok agama membolehkan hubungan
mereka dijlin dengan erat. Nilai kesejahteraan rakyat Malaysia iaitu
keharmonian, kedamian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan.Malaysia mempunyai
empat agama besar dunia iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu serta agama
lain. Mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain.
LAMPIRAN
- Tuanku Mizan Zianal Abidin.Digelar Masjid Besi.Dibina April 2004 dan siap sepenuhnya Ogo
- Masjid Ubudiah terletak di bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak.simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.Dirasmikan oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1997.
- Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya.mercu tanda simbolik di Putrajaya.dinamakan perdana Menteri Malaysia Yang Pertama,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 1999.
- Tokong Ular.Terletak di Sungai Klang berdekatan lapangan terbang Bayan Lepas,Pulau Pinang.Tokong jenis ini mempunyai banyak ular yang jarang dijumpai
RUJUKAN
- Joachim Ng,Religious Harmony,1990,Petaling Jaya,Centre for Inter-Cultural Ethics.
- Prof.Dr.Hamka,Membahas Kemusykilan Agama,2002,Shah Alam Selangor Darul Ehsan,Crescent News(K.L)Sdn Bhd.
- http:www.slideshare.net/CtMuna/kepelbagaian-agama-mencari-titi-pertemuan






.jpg)